HARTINI JANNAH SIAMSIR

Pages

ETIKA

ETIKA DALAM SUKAN

Etika bermaksud panduan tentang tingkah laku dan nilai-nilai positif yang perlua ada pada individu yang terlibat dalam sukan. Dalam bidang kesukanan terdapat tatasusila tertentu yang patut dipatuhi atau diamalkan oleh mereka yang terlibat . Jika tatasusila itu dilanggar, ia akan memberi gambaran bahawa individu tersebut tidak mempunyai disiplin dan semangat kesukanan. Akibatnya kemungkinan atlet tidak akan dihormati.

Disiplin , nilai-nilai murni , keadilan, permainan bersih,sukan yang bebas daripada dadah, keselamatan semasa bermain dan permainan yang bebas unsur-unsur yang terangkum dalam etika kesukanan. Unsur-unsur ini perlu menjadi amalan setiap orang yang terlibat dalam sukan. Matlamat sukan sebagai ejen perpaduan akan tercapai sekiranya etika kesukanan diamalkan.

Personaliti Ahli Sukan
Merujuk kepada corak perlakuan yang ditunjukkan inudividu itu sendiri. Personaliti merangkumi sikap, cara pemikiran, perasaan, cara bertindak dan cara berinteraksi dengan orang lain. Personaliti seseorang sering menjadi perhatian orang lain dan lazimnya sesuatu tanggapan dibuat mengenainya.
Antara ciri-ciri yang wajar dimiliki oleh seseorang atlet termasuklah :
a) Mempunyai disiplin diri yang tinggi
b) Sentiasa mengamalkan permainan bersih
c) Mempunyai rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam sukan
d) Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
e) Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan
f) Bijak mengawal emosi semasa di gelanggang

Disiplin Diri
Disiplin diri yang tinggi dapat membantu seseorang atlet untuk berada di puncak kecemerlangan. Seseorang atlet yang berdisiplin akan mudah mendapat sokongan daripada masyarakat.Atlet yang berdisiplin tahu peranan dan tanggungjawabnya, mematuhi arahan ketua dan jurulatih, mengikut jadual latihan yang ditetapkan  dengan baik dan menghormati rakan sepasukan yang lain.Atlet yang berdisiplin juga berupaya mengawal emosi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa permainan. Kegagalan mengawal emosi semasa bermain akan membawa kesan negatif kepada diri sendiri ataupun pasukannya.

Disiplin Dalam Sukan
Haruslah memahami undang-undang, strategik,taktik dan kemahiran dalam  suatu permainan.Etika dan peraturan permainan perlu difahami dengan jelas.Pemahaman yang jelas terhadap etika permainan dapat mengelakkan pemain daripada melakukan kesalahan semasa bermain.

Kerjasama penting dalam sesuatu permainan. Atlet akan menikmati keseronokan bermain dan dengan itu kemenangan akan diraikan bersama manakala kekalahan tidak akan dipertanggungjawabkan kepada individu dalam pasukan.

Kesetiaan kepada pasukan adalah perlu untuk memastikan kerjasama yang erat dalam kalangan atlet. Tindakan agresif  seperti memberi rasuah dalam pasukan yang pernah bermain sebelum ini berpunca daripada sikap tidak setia kepada pasukan dan sikap sesetengah individu yang tidak jujur dan amanah.

Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi salah satu faktor kejayaan seseorang atlet. Seseorang atlet yang ingin maju mestilah ingin meningkatkan prestasinya dan bersedia menerima kritikan daripada masyarakat dengan hati yang terbuka.Atlet yang mempunyai personaliti yang baik akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan boleh dijadikan contoh kepada masyarakat.

Followers

 
Copyright 2010 KECERGASAN FIZIKAL. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase